Kertas Kerja Perkhemahan


1       PENGHARGAAN

           
Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus Sukan Rekreasi  bagi tahun 2012 dalam semester ketiga kam . Dalam kerja kursus sukan rekreasi kali ini, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan program perkhemahan dengan melaksanakan kertas kerja.  Melalui tugasan ini, kami telah diminta untuk membuat kertas kerja yang lengkap untuk perkhemahan murid tahap dua.
Kami  menyiapkan hasil tugasan ini daripada pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.
Kami  juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu saya dan yang sanggup bersama kami  dalam mencari bahan untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya  kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral. Segala  aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya.  Semoga  tuan dapat memaafkan kami jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya.
Melalui tugasan ini, kami  dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui pengucapan awam dengan lebih mendalam.  Segala tunjuk ajar  tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.

2       PENDAHULUAN


Satu kertas kerja telah dibuat bagi program  Perkhemahan Sukan Rekreasi ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, 27000, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Program ini wajib disertai oleh semua ahli Kelab Rekreasi  Sekolah tahun 6 yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ).
Sejumlah 40 orang dan 5 orang guru pengiring. Lokasi aktiviti yang akan dijalankan adalah bertempat di Taman Negara, Pahang  pada 22 September 2012 sehingga 25 September iaitu empat hari tiga malam. dengan pengisian  lima jenis aktiviti aktiviti reakreasi.Program ini dapat membantu pelajar dalam membina keyakinan di samping memupuk nilai-nilai kerjasama antara pelajar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila meningkat dewasa.
Tidak ketinggalan, Taman Negara juga terkenal sebagai tempat untuk mengadakan hari keluarga, pertandingan mencari harta karun, berkhemah, meninjau burung, menjelajah hutan dan sesi fotografi.Tempat yang pada mulanya merupakan sebuah kawasan terbiar lama bekas perlombongan, yang kemudiannya bertukar menjadi kebun sayur, kini merupakan satu destinasi hutan yang bebas daripada pencemaran, dengan udara yang lebih sejuk dan nyaman.







3       PENGENALAN


Sukan rekreasi ialah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti ini bukan tujuan untuk pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokkan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Aktiviti rekreasi membolehkan kita menikmati kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembabitan dalam aktiviti rekreasi dapat mebina jati diri dan ketahanan mental di samping memupuk semangat setia kawan.

3.1      Kategori Rekreasi:

      I.        Rekreasi dalam ( in-door)
Contoh : badminton, squash, boiling
    II.        Rekreasi luar ( out-door )
Contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan

3.2      Jenis- jenis rekreasi

      I.        Rekreasi fizikal – contoh : berbasikal
    II.        Rekreasi sukan – contoh : bola sepak dan bola jarring
   III.        Rekreasi sosial – contoh : sukan rakyat dan sukaneka
  IV.        Rekreasi mental/ linguistik – contoh : memanah dan debat
   V.        Rekreasi terapeutik – contoh : muzik- senamrobik
  VI.        Gerak tari – contoh : yoga, tai chi
 VII.        Drama – contoh : pentomin





3.3      Konsep rekreasi

a)    Kepuasan kendiri
      I.        Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku, ekonomi, sosiobudaya, politik, persekitaran dan kesihatan bangsa dan Negara
    II.        Ekspresi kreatif dan asperiasi estetika
   III.        Hubungan manusia yang demokratik
  IV.        Pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan kesenggangan.

b)   Bidang aktiviti program rekreasi
      I.        Drama
    II.        Seni dan kraft
   III.        Budaya melalui muzik dan tarian
  IV.        Sukan
   V.        Rekreasi luar
  VI.        Rekreasi social
 VII.        Rekreasi mental/ linguistik

3.4      Fungsi rekreasi











4       RASIONAL


Program ini diadakan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri pelajar. Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal,mental dan rohani hendaklah tersemat dalam diri pelajar. Ini merupakan matlamat perdana program tersebut dilaksanakan. Pelbagai bentuk aktiviti seperti flying fox, orieentering, mendaki gunung, dan lain-lain disusun supaya para pelajar dapat menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing dalam menempuh cabaran yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.
Malahan menjadi hasrat pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan  Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) di samping mempunyai pengalaman yang luas sebagai pesediaan untuk memasuki alam sekolah menengah. Penglibatan para pelajar dalam pelbagai aktiviti sukan rekreasi yang menyeronokkan dan menenangkan jiwa dapat melahirkan emosi yang stabil bagi menjawab peperiksaan yang bakal tiba  dengan tenag dan baik. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menganjurkan  satu Program sukan rekreasi  bagi murid-murid Tahun 6.
Tambahan pula ,kertas kerja ini dikemukakan bagi memohon kebenaran  dan peruntukan kewangan dari pihak sekolah untuk mengadakan Program sukan rekreasi.







5       OBJEKTIF


Program ini dilaksanakan untuk:
1.         Memberikan pendedahan kepada murid-murid mengenai aktiviti kokurikulum terutamnya aktiviti rekreasi yang menarik kepada murid-murid
2.         Memberi peluang kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki   peperiksaan UPSR untuk mengurangkan tekanan dan bebanan belajar.
3.         Memperkenalkan aktiviti rekreasi yang menarik kepada murid-murid.
4.         Memberi pendedahan kepada murid-murid cara mempraktikkan gaya hidupsihat dengan aktiviti rekreasi
5.         Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisplin serta peranan pelajar semasa melakukan aktiviti perkhemahan.
6.         Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi
7.         Memimpin dan membimbing pelajar supaya jelas hala tuju masa hadapan.
8.         Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, dan emosi.
9.         Mengeratkan hubungan antara murid dengan guru dan murid dengan murid.
10.      Memberi peluang kepada murid-murid menikmati faedah  dan kesan positif    daripada aktiviti rekreasi.
11.      Memberi ketenangan jiwa kepada murid-murid Tahun 6 dalam menghadapipeperiksaan UPSR
12.      Membina jati diri murid-murid supaya dapat berdikari apabila masuk ke alam sekolah menengah.
13.      Membina ketahanan mental pelajar  supaya dapat menghadapi peperiksaandengan baik.
14.      Memupuk semangat setia kawan antara murid-murid supaya saling bantu membantu di waktu senang dan susah.
15.      Memberi keseronokan dan kepuasan kendiri  kepada para pelajar dan guru- guru pengiring.




6       TEMPOH PROGRAM

1.    Program ini dijalankan selama 4 hari 3 malam.
2.    Masa pelaksanaan program ini melibatkan waktu siang dan malam.

7       TARIKH

1.    Tarikh yang dirancang ialah 22-25 September 2012

8       TEMPAT

1.    Tempat yang dirancang ialah Taman Negara, Pahang .
2.    Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana :
a.    Kawasan rekreasi dengan bentuk muka bumi yang pelbagai dan jarak tidak jauh dari sekolah.
b.    Sesuai untuk sukan rekreasi dan perkhemahan kerana kawasan yang luas untuk pelbagai aktiviti.
c.    Kawasan yang mesra pengunjung kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, kafeteria dan sebagainya.
d.    Kawasan yang selamat dan tiada sebarang gangguan yang boleh menjejaskan program.

9       KUMPULAN SASARAN.

1.    Jumlah peserta       : 40 orang (pelajar Tahun 6 )
(senarai nama peserta adalah seperti lampiran 1)
2.    Jumlah guru            : 5 orang.






10    AKTIVITI REKREASI

Terdapat 5 jenis aktiviti utama yang akan dilakukan sepanjang program ini, iaitu :

10.1   Orieentering

Cara-cara pelaksanaan:
1.    Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua.
2.    Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas terdapatbeberapa ‘check point’yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ pelajar dikehendaki membuat pemerhatian distesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan.
3.    Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corak-corak akar banir dan fungsinya.
4.    Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk mencariarah.
5.    Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .
6.    Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
7.    Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
8.    Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan dengan betulakan dikira pemenang.

10.2   Flying fox

i.        Berkumpul mengikut kumpulan
ii.        Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan danberkasut)
iii.        Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat
iv.        Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti  Flying Fox.
v.        Sentiasa mengikut arahan jurulatih
vi.        Membuat aktiviti regangan (warm up)
vii.        Bacaan doa
Semasa aktiviti
a.    Para pelajar melakukan aktiviti seorang demi seorang
b.    Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator.
c.    Mementingkan langkah-langkah keselamatan
Selepas aktiviti
a.    Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit.
b.    Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan)
c.    Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti Flying Fox

Description: http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSsZosSOj4j0zVvbtQKcgTihJPgL1f6vVT5uS1BpqvnVyXMY8wZnQDescription: http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRegDMuMrcS4xE5cPQXToKAB3XHdn7tk6dK_npMbiKKsNNQHRD6



10.3   WATER RAFTING


Kayak arus deras dapat membina kesedaran dan hala tuju yang jelas terhadap
masyarakat bagi menimbulkan kesedaran alam sekitar. Melalui aktiviti kayak arus deras, penglibatan manusia dengan alam semulajadi sememangnya tidak dapat dielakkan.

Dalam aktiviti ini, laluan-laluan kayak adalah melalui sungai-sungai dan jeram-jeram yang belum pernah dilalui sebelum ini yang mana secara tidak langsung akan mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapatkan kebaikan melalui pengalaman.

      I.        Pelajar diberi taklimat tentang water rafting dan aspek  keselamatan.
    II.        Agihan kumpulan dibuat

Description: http://www.tamannegarapahang.com/images/RaftingSet-up.jpg Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiDzoN_ciKr3qeBs9o6QmIps_VclGAamQ_jnF6c7GRnNYPMGpE3V4OgLeKtkwm6QIkjb6jiikIJrjLeoLfGPGa8UmkaWkrryd_cbtV048dduO6kIJicE_8KKAzFvGeJmqxRjrgzmJqMFY/s400/White+Water+Rafting-Sg+Kampar-5.jpg







10.4   Membuat pelbagai jenis ikatan dan simpulan.

1.    Semua pelajar dikehendaki mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis-jenis dan simpulan ikatan.
2.    Pelajar hendaklah mengetahui cara melakukan ikatan dengan betul serta kegunaannya kerana bagi tujuan perkhemahan dan pengembaraan.
Simpulan dan ikatan yang baik dan betul keadaan teguh serta boleh dibuka dengan mudah jika dibuka. Simpulan yang tidak betul akan mudah terurai dan tidak teguh. Bagi melahirkan diri melakukan ikatan atau simpulan, seseorang pengakap mestilah selalu berlatih melakukannya. Ikatan dan simpulan berguna untuk menyambungkan tali, mengangkat barang, mengikat bungkusan dan juga semasa menyelamatkan orang dalam kecemasan atau kemalangan.

10.4.1  Ikatan Buku Sila

Kegunaannya ialah menyambung tali yang sama besar saisnya, mengikat bungkusan dan mengikat anduh dalam pertolongan cemas.
Description: http://3.bp.blogspot.com/_JdBK2FGCiSM/SMky9_3I6XI/AAAAAAAAAMA/Ewhju0C339E/s320/Ikatan+Buku+Sila.bmp

10.4.2  Simpul Manuk

Kegunaannya ialah mengikat pada batang, tali khemah pada tiang atau pokok kayu dan tali bagi sampan / bot semasa berlabuh.
Description: http://1.bp.blogspot.com/_JdBK2FGCiSM/SMky-GWtPMI/AAAAAAAAAMQ/Ge0ngeqmWH8/s320/Ikatan+Bunga+Geti.bmp

10.4.3  Ikatan Bunga Geti

Kegunaannya ialah menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saisnya.
Description: http://4.bp.blogspot.com/_JdBK2FGCiSM/SMky-o3eN2I/AAAAAAAAAMY/CEJZooUFx2c/s320/Ikatan+Balak.bmp

10.4.4  Simpul Balak

Kegunaannya ialah mengikat pada balak dan bagi memindahkan dan mengheret kayu dan batang.
Description: http://4.bp.blogspot.com/_JdBK2FGCiSM/SMky-rsyVUI/AAAAAAAAAMg/REizzEcyU6Q/s320/Ikatan+Angka+8.bmp

10.4.5  Simpul Pengail

Kegunaannya ialah 2 tali yang licin dan basah serta menyambung 2 tali yang sama sais seperti tali pancing.
Description: http://1.bp.blogspot.com/_JdBK2FGCiSM/SMk1B-gGYVI/AAAAAAAAAMw/x2PnQX0SvP4/s320/Ikatan+Seraya.bmp

10.4.6  Ikatan Seraya

Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu yang hendak disilangkan bagi dibuat bentuk campur (plus) dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul manuk dan dimatikan dengan simpul manuk juga.
Description: http://2.bp.blogspot.com/_JdBK2FGCiSM/SMk1CfEJVHI/AAAAAAAAAM4/PW15aueKRf4/s320/Ikatan+Serong.bmp

10.4.7  Ikatan Serong

Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu atau tiang yang berlintang seperti bentuk ‘X’ dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul manuk.







10.5   Membuat Gajet.


1.    Penyediaan gadjet persediaan telah dilakukan sejak awal bulan Ogos dengan melakukan latihan di padang sekolah
2.    Penyediaan gadjet asas iaitu meja makan, rak kasut, ampaian dan dapur dapat dilaksanakan dengan jayanya disamping gadjet umum seperti pintu gerbang, pagar dan papan kenyataan.
3.    setiap kumpulan berjaya member nilai tambah kepada setiap kawasan mereka dengan menyiapkan rak menyimpan menyimpan makanan, tempat menyimpan peralatan, sinki, pintu gerbang dan pagar.



Description: http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTiyQNqIPx19TNLjHe5tvjS5vBWf6z-jshQtA8N-mr_XfAQtbknDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY23saT96G3ccDvuwqLO-VZbJTIF3Hk68nkP_JYYJOb8pALT2aAdU7DOqHG4JqyzIPgpQ8lmcne0ZLmbN9oSslLLzwLF2OHfZjjIeOulQbC5Fig3vXmVKia0aCGcr7hK_QSuIOe66dWF0/s320/IMGP3865.JPG











11    ANGGARAN PERBELANJAAN


11.1   SUMBER KEWANGAN


BIL.
PERKARA
KUANTITI
RM

1.
2.
3.
4.
5.
Bayaran peserta dan guru
Sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah
Sumbangan daripada tabung PIBG sekolah
Sumbangan daripada lembaga koperasi sekolah
Sumbangan daripada FELDA
45 X RM 100
RM 300
RM 200
RM 200
RM 500
4500
300
200
200
500


JUMLAH
RM 5700

11.2   ALIRAN KEWANGAN

BIL.
PERKARA
KUANTITI
RM

1
Kenderaan ( pergi balik )

a)    Bas – sekolah sediakan
JUMLAH
( sebuah bas RM3300 )

-
-
-


0
2
Makanan ( 4 hari 3 malam )- masak sendiri
a)    Sarapan
b)    Tengah hari
c)    Petang
d)    Malam
e)    Tengah malam
JUMLAH

( Seorang RM100 untuk  4hari 3 malam )

45 X RM100







4500
3
Urusetia
3.1 Khemah ( Sekolah Sediakan )
3.2 Tag Nama
3.3 Hadiah / Cenderatahati
3.4 Perubatan
3.5 Aktiviti
3.6 Yuran Penyertaan
JUMLAH

-
45 X RM3
RM300
-
RM400
45 X RM5

-
135
300
-
400
225
1060


JUMLAH
RM 5560

11.3   PENYATA KIRA-KIRA


BIL.
PERKARA
DEBIT (RM)
KREDIT (RM)
BAKI (RM)

1
2
3

4

5

6
7
Bayaran peserta dan guru
Sumbangan daripada FELDA
Sumbangan daripada pihak pengurusan sekolah
Sumbangan daripada tabung PIBG sekolah
Sumbangan daripada lembaga koperasi sekolah
Makanan
Urusetia
·         Tag Nama
·         Hadiah / Cenderatahati
·         Aktiviti
·         Yuran Penyertaan

4500
500
300

200

200

-

-
-
-
-

-
-
-

-

-

4500

135
300
400
225

4500
5000
5300

5500

5700

1200

1065
765
365
140



BAKI BAWA KE HADAPAN SEPTEMBER 2012

140

-

RM140




12    MINIT MESYUARAT


SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM SUKAN REKREASI SEKOLAH KEBANGSAAN  PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK


                              

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SUKAN REKREASI SEKOLAH KEBANGSAAN  PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK
o   Biro makanan
§  En. Samsul  bin Zainal
§  En. Izham bin Darus

o   Biro aktiviti dan peralatan
§  Puan Syarifah Alya binti Syed Kamrul      
§  Cik Muliati a/p Sinaturai
§  Encik  Kamal bin Adli

o   Biro pengangkutan
§  Pn Tan Tze Meng
§  En Eng Zhe Yong

o   Biro keselamatan dan kecemasan
§  Pn. Kamariah binti Jusmin
§  Encik Sharip bin Dollah

o   Biro dokumentasi
§  Puan Maria Tan Abdullah
§  Mohamad Suffian Karim

o   Biro hadiah
§  Cik Nur Asyikin bin Hafiz
§  Ahmad Zakwan Adha Hariz






Plan tindakan

MINIT MESYUARAT PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN (BIL.1/2012) SEKOLAH PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR
              Tarikh         : 27 Julai  2012
              Masa                       : 2.00 petang
  Tempat       : Bilik mesyuarat
Kehadiran :            
1.    En Ahmad bin Abdullah – Ketua Pojek/ Pengerusi
2.    Dr Shareen bin Mustaffa – Setiausaha
3.    En Abdul Razak bin Rosli- Bendahari

AJK
1.        En. Samsul  bin Zainal
2.        En. Izham bin Darus
3.        Puan Syarifah Alya binti Syed Kamrul 
4.        Cik Muliati a/p Sinaturai
5.        En Eng Zhe
6.        Pn. Kamariah binti Jusmin
7.        Encik Sharip bin Dollah
8.        Puan Maria Tan Abdullah
9.        Cik Wan Faridah

Tidak hadir:
1.   Encik Eng Tze Yong – Tugas luar Negara
2.   Encik Kamal bin Adli -Mesyuarat
3.   En Ahmad Zaki bin Zakaria- Praktikum
Tuan guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.


Mesyuarat dimulakan dengan pemilihan pengerusi,naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ajk-ajk yang berkaitan.Ahli mesyuarat sebulat suara menerima cadangan bagi ahli jawatankuasa yang dilantik. Antara senarai jawatankuasa yang terpilih untuk mengemudi program acara tahunan pada kali ini:
                                                I.        Pengerusi
                                               II.        Naib pengerusi
                                              III.        Setiausaha
                                             IV.        Bendahari
                                              V.        Ajk 


Pada  mulanya pemilihan tempat telah dicadangkan oleh AJK yang terlibat untuk mengadakan perkhemahan di Taman Negara, Pahang. Namun, ahli-ahli mempunyai bangkahan dengan alasan-alasan untuk tidak menjadikannya sebagai lokasi perkhemahan. Namun setelah perbincangan diteruskan lagi, ahli mesyuarat sebulat suara memilih tapak perkhemahan Taman Negara, Pahang.

Tindakan: Maklumkan pihak yang tebabit




Mesyuarat bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM 4500  yang berpunca daripada yuran bayaran daripada para pelajar dan guru yang terlibat. Dengan  menggunakan bantuan kewangan daripada tabung PIBG ahli mesyuarat bersetuju meminta RM 200.
Tindakan: setiausaha

Tuan guru besar diminta agar dapat menyertai mesyuarat yang akan datang bagi proses pemantauan dari masa ke semasa.


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk dan anggaplah tugas yang diterima ini sebagai amal jariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,


________________
(Dr Shareen Mustaffa)
Setiausaha
Projek Perkhemahan

Tarikh : 27 Disember 2012



MINIT MESYUARAT PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN (BIL.2/2012) SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR
              Tarikh         : 2  Ogos  2012
              Masa           : 2.00 petang
  Tempat       : Bilik mesyuarat
Kehadiran :
  1. En Ahmad bin Abdullah – Ketua Pojek/ Pengerusi
  2. Dr Shareen bin Mustaffa – Setiausaha
En Abdul Razak bin Rosli- Bendahari AJK
2.0.1     En. Samsul  bin Zainal
2.0.2     En. Eng Tze Yong
2.0.3     Puan Syarifah Alya binti Syed Kamrul       
2.0.4     Cik Muliati a/p Sinaturai
2.0.5     Pn. Kamariah binti Jusmin
2.0.6     Encik Sharip bin Dollah
2.0.7     Encik Kamal Bin Adli
2.0.8     Encik Ahmad Zaki Bin Zakaria
2.0.9     Pn Maria Tan Abdullah
2.0.10  En  Izham Bin Darus
2.0.11  Pn Wan Faridah

Tidak hadir:
Tiada






  1. PERUTUSAN PENGERUSI/ KETUA PROJEK
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat yang kedua.
Minit mesyuarat Projek Perkhemahan Bil 1/2010 disahkan tanpa pindaan.
Setiausaha melaporkan perkara 2.3 yang mana wang yang diperuntukkan masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan projek. Pihak yang terlibat perlu berusaha untuk mencari sedikit tajaan daripada pihak lain untuk  menampung perbelanjaan. 
         Tindakan :setiausaha
Ahli mesyuarat sebulat suara untuk  memperuntukkan sebanyak RM100 sebagai yuran bagi setiap ahli yang mengikuti program perkhemahan tahunan ini.

Setiap AJK dikehendaki untuk menyerahkan borang pelepasan kepada setiap murid yang mengikuti program perkhemahan tahunan. Hal ini kerana untuk  memastikan jumlah pelajar yang dapat mengikuti program ini.
Tindakan : Makluman semua
Semua ahli jawatankuasa dikehendaki untuk melaporkan setiap pergerakan dan perkembangan yang berlaku sepanjang tempoh mesyuarat pertama dijalankan.

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK yang telah member kerjasama yang memberangsangkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh,


__________________
(Dr Shareen Mustaffa)
Setiausaha
Projek Perkhemahan

Tarikh : 2 Ogos 2012
















MINIT MESYUARAT PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN (BIL.3/2011) SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN TUN RAZAK 27000 JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR
              Tarikh         : 7 Jun   2012
              Masa           : 2.00 petang
  Tempat       : Bilik mesyuarat
Kehadiran :
  1. En Ahmad bin Abdullah – Ketua Pojek/ Pengerusi
  2. Dr Shareen bin Mustaffa – Setiausaha
  3. En Abdul Razak bin Rosli- Bendahari

 

AJK
1.    En. Samsul  bin Zainal
2.    En. Eng Tze Yong
3.    Puan Syarifah Alya binti Syed Kamrul       
4.    Cik Muliati a/p Sinaturai
5.    Pn. Kamariah binti Jusmin
6.    Encik Sharip bin Dollah
7.    Encik Kamal Bin Adli
8.    Encik Ahmad Zaki Bin Zakaria
Tidakhadir
1.    Cik Wan Faridah-AJK  Seminar
2.    Puan Maria Tan Abdullah-AJK Seminar
3.    En  Izham Bin Darus-AJK Kursus

12.1   PERUTUSAN PENGERUSI

Perutusan daripada pengerusi dengan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir bagi mesyuarat yang terakhir dengan kehadiran yang penuh.
Minit mesyuarat program prkhemahan Bil 2/2011 disahkan tanpa pindaan.
Borang pelepasan yang diedarkan perlu dipungut dengan segera supaya pejalanan pada esok hari dapat berjalan dengan lancar dan teratur.
Tindakan : makluman semua
Taklimat yang disampaikan oleh ketua projek kepada semua ahli yang mengikuti program perkhemahan pada 22 Spetember 2012. Taklimat disampaikan secara ringkas namun padat kerana masa yang agak lewat dan sudah tidak berkesempatan. Ketua projek juga mengedarkan  jadual buku program kepada semua peserta.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk dan anggaplah tugas yang diterima ini sebagai amal jariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Disediakan oleh,


________________
(Dr Shareen Mustaffa)
Setiausaha
Projek Perkhemahan
Tarikh : 7 Jun 2012

13          PENUTUP


            Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya dapat mempertimbangkan supaya permohonan untuk mengadakan perkhemahan ini diluluskan, seterusnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam aktiviti rekreasi. Selain itu juga pemupukan nilai-nilai murni yang tinggi dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar. Menjadi satu tanggungjawab bagi pihak tuan untuk menggalakkan para pelajar untuk terlibat dalam aktiviti yang sedemikian untuk mengharumkan nama sekolah. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Disediakan oleh,

________________
(Dr Shareen Mustaffa)
Setiausaha
ProjekPerkhemahanTahunan

Disemak oleh,


 ---------------------------------------------------------------
ENCIK MOHAMAD NASIR BIN IDRIS
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)



Ahmad, H. G. (2007). Kejurulatihan dan Sains Sukan. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Amzan Abd. Malek, H. H. (t.t). Kadet Remaja Sekolah. PTS Pendidikan Sdn. Bhd.
sibu, z. (n.d.). zakisiibu. Retrieved 4 Ogos, 2012, from http://zakisibu.blogspot.com/2011/05/contoh-kertas-kerja.html
t.p. (n.d.). Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Retrieved 2 ogos, 2012, from http://www.hep.upm.edu.my/esas/images/PANDUAN%20KERTAS%20KERJA%20CADANGAN%20%20AKTIVITI%20PELAJAR2.pdf
t.p. (n.d.). Jabatan Muzium Malaysia. Retrieved 3 Ogos, 2012, from http://www.jmm.gov.my/ms/book/export/html/802
t.p. (n.d.). Jabatan Pembangunan Wanita. Retrieved 1 ogos, 2012, from http://www.jpw.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=79&Itemid=85&lang=bm
t.p. (n.d.). Jom Rekreasi. Retrieved 4 Ogos, 2012, from http://jomrekreasi.blogspot.com/2008/09/format-penyediaan-kertas-kerja.html
t.p. (n.d.). Slideshare. Retrieved 3 Ogos, 2012, from http://www.slideshare.net/kheru2006/kertas-cadangan-kayak2010
Wan Noor Azmi Wan Moh Nor, R. M. (2008). PMR Geografi. Shah Alam, Selangor Daruk Ehsan: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
 Yusuf, B. (2008). Aktiviti Tali. Seri Kembangan: Pustaka Cita Tinggi.
Yusuf, B. (2008). Mendaki Gunung. Seri Kembangan: Pusta Cita Tinggi.
Yusuf, B. (2008). Merunut Hutan. Seri Kembangan: Pustaka Cita Tinggi.















Terbaru Lebih lama